fbpx

Setiap keluarga 3 anak atau lebih dapat sekurang-kurangnya RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Keluarga yang mempunyai tiga atau lebih ramai anak kecil menerima SGD$1,000 (RM3,300) dalam bentuk kredit LifeSG bermula semalam, lapor portal berita MSNews. 

Pemberian kredit itu dibuat menerusi Skim Keluarga Besar kerajaan, bertujuan menyokong isi rumah warga Singapura  dengan tiga atau lebih ramai anak.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata, kredit itu diberikan bagi setiap anak ketiga dan seterusnya yang berusia antara 1 hingga 6 tahun pada tahun ini serta berdaftar dalam Skim Bonus Bayi.

Setiap anak yang layak akan menerima SGD$1,000 setiap tahun bermula tahun mereka mencapai usia 1 tahun sehingga  berumur 6 tahun.

Kredit itu sah untuk tempoh 12 bulan dan boleh digunakan bagi menampung pelbagai jenis perbelanjaan isi rumah.

Ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana kelayakan akan dinilai secara automatik di bawah Skim Bonus Bayi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI