fbpx
Aliff Izwan Yuslan antara sandaran skuad negara di posisi serangan pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan Malaysia NT

Kelayakan Piala Asia: Impian skuad B-23 negara ‘lebur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat skuad bawah 23 (B-23) negara untuk layak ke pentas Piala Asia B-23 2026 tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Thailand dalam aksi kelayakan Kumpulan F, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Thammasat, Bangkok itu, perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 8.30 malam telah ditunda kerana hujan lebat dengan wisel permulaan bermula sekitar 10 malam.

Situasi tersebut tidak menghalang skuad kendalian Nafuzi Zain itu untuk membariskan kesebelasan terbaik dalam usaha memburu kemenangan ke atas skuad muda Gajah Perang itu.

Namun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului hasil jaringan kapten, Kakana Khamyok pada minit ke-32.

Tersentak dengan gol tersebut, Malaysia memperkemaskan jentera serangan dan berjaya menyamakan kedudukan hasil penyudah Aysar Hadi berselang enam minit kemudian.

Bersambung pada babak kedua, pasukan Thailand dilihat mendominasi perlawanan dengan Malaysia cuba untuk melakukan serangan balas pantas.

Peluang terbaik buat skuad negara meraih gol kemenangan hadir pada minit ke-88 tetapi percubaan Fergus Tierney berjaya ditepis penjaga gol lawan.

Ketika saingan seperti berakhir dengan keputusan seri, Thailand meranapkan impian Malaysia untuk meraih gol kemenangan hasil penyudah Kakana pada masa kecederaan.

Keputusan tersebut mengesahkan status Thailand selaku juara Kumpulan F manakala Lebanon yang menewaskan Mongolia 3-0 terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua selepas mengutip tujuh mata.

Malaysia pula terpaksa akur di kedudukan ketiga dengan tiga mata sekali gus gagal layak ke pentas Piala Asia B-23 buat kali ketiga berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI