fbpx
Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana di Port Dickson. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

JHEAINS urus jenazah dua beradik lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), petang ini menguruskan jenazah dua beradik yang maut selepas kenderaan dinaiki mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas di Port Dickson, Khamis lalu.

Pengarah JHEAINS, Mohd. Asri Abdullah berkata, pengurusan jenazah dilaksanakan di Hospital Port Dickson dan dikebumikan di Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana mengikut tatacara Islam.

“Hari ini (9 September), Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan telah memutuskan dua beradik yang terlibat dalam tragedi lemas di Sungai Linggi pada 4 September lalu adalah beragama Islam pada masa kematiannya.

“Oleh itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua jenazah si mati dikebumikan mengikut ajaran Islam. JHEAINS merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan dalam mengurus perkara ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, satu sesi pendengaran mengenai status agama bagi mangsa telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Pada pukul 3 petang, JHEAINS ke Forensik Hospital Port Dickson untuk pengurusan jenazah memandangkan waris telah mewakilkan kepada JHEAINS untuk menuntut jenazah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN