fbpx
Advokasi OP PUU akan diteruskan sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan sebelum tindakan saman dikenakan. Foto IHSAN POLIS

Kempen advokasi trafik didik pengguna jalan raya di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melaksanakan Kempen Advokasi Operasi Patuh Undang-Undang (OP PUU) di beberapa jalan utama sekitar ibu negara sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kempen itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya mengenai kepentingan mematuhi undang-undang sebelum pelaksanaan OP PUU sebenar.

“Dalam tempoh ini, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan kecil diberikan notis advokasi tanpa dikenakan saman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat semalam, sebanyak 2,077 notis advokasi, 24 notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan 126 notis daripada Jabatan Pengangkutan Jalan dikeluarkan.

Katanya, empat buah kenderaan ditunda, manakala 2,784 kenderaan diperiksa.

JSPT turut melaksanakan advokasi Op Didik khusus untuk mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah yang menunggang motosikal atau memandu kenderaan mengenai aspek pematuhan undang-undang lalu lintas serta keselamatan.

“Hasil pemeriksaan dilakukan setakat ini, sebanyak 18 notis advokasi dikeluarkan. Advokasi OP PUU akan diteruskan sehingga ke satu tempoh yang ditetapkan sebelum tindakan saman dikenakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN