fbpx
Gambar hiasan

Lelaki dicekup simpan pistol, 36 peluru dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditahan selepas didapati memiliki sepucuk pistol dan 36 butir peluru tanpa lesen dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Paloh, Pintu Geng di sini pada Sabtu lalu.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 5 pagi di rumah tersebut oleh sepasukan anggota dan pegawai polis Cawangan Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan di dalam rumah suspek yang berusia 50 tahun itu membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis Glock 26 Gen 4 Austria 9X9 dan 36 butir peluru hidup.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut, lelaki itu didapati mempunyai 12 rekod jenayah lampau termasuk sembilan kes dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula Ahad lalu hingga esok,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN