fbpx
JOHAN mempamerkan aksi agresif sejak awal pertarungan untuk menewaskan El Jamari hari ini. - IG JOHAN GHAZALI

Jojo perlu dua minit tumbangkan El Jamari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar hanya memerlukan masa dua minit untuk menumbangkan petarung Maghribi, Zakaria El Jamari pada aksi ONE Fight Night 35 hari ini.

Pada aksi kategori flyweight di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, petarung berusia 18 tahun itu mudah menewaskan lawan yang jauh lebih berpengalaman menerusi aksi cukup agresif sejak awal saingan.

El Jamari dilihat lebih banyak bertahan dan tidak mampu menahan asakan demi asakan dilakukan Johan sebelum tumbang menerusi keputusan ‘technical knockout’ (TKO) di pusingan pertama.

Meskipun ramai yang menjangkakan wakil Rentap Muaythai Gym itu akan berdepan kesukaran, namun Johan dilihat langsung tidak diberikan tentangan apabila menguasai sepenuhnya pertarungan tersebut.

Keputusan itu sekali gus menebus kekecewaan petarung yang lebih mesra dengan panggilan Jojo tersebut selepas tewas dua pertarungan sebelum ini menentang Diego Paez dan Johan Estupinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN