fbpx
MARQUEZ tidak memiliki rekod baik di Barcelona apabila hanya menang dua kali dalam 11 perlumbaan di litar berkenaan. - AFP

MotoGP: Rekod Marquez bakal terhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Rekod sempurna Marc Marquez dengan rentetan 14 kemenangan berturut-turut mungkin berakhir di Grand Prix (GP) Catalan selepas juara dunia enam kali itu menganggap Litar Catalunya adalah sukar untuk ditawan.

Semenjak beralih menyertai pasukan utama Ducati, pelumba Sepanyol itu belum pernah ditewaskan bermula kemenangan di GP Britain pada Mei lalu dengan menguasai perlumbaan pecut dan sebenar pada Ahad.

Bagaimanapun, rekod 14 kemenangan berturut-turut itu berisiko terhenti di bumi sendiri memandangkan Litar Catalunya bukan trek kegemarannya kerana Marquez hanya dua kali muncul juara daripada 11 penampilannya di kelas perdana.

“Setiap tahun di Montmelo, saya tahu saya perlu bekerja lebih keras berbanding litar lain untuk cuba capai tahap terbaik.

“Mungkin sudah tiba masanya rekod kemenangan ini terhenti. Kita tidak tahu. Apa yang pasti saya akan cuba untuk berada dalam kelompok teratas,” katanya.

Antara yang dijangka menjadi penghalang ialah adiknya sendiri, Alex Marquez selain rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia yang menjuarai dua edisi terakhir di Catalunya serta Aleix Espargaro bersama pasukan Aprilia.

Jika berjaya mengutip sekurang-kurangnya 10 mata lebih banyak berbanding Alex hujung minggu ini, Marquez bakal berpeluang menutup kejuaraan dunia lebih awal di Misano. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN