fbpx
Carta tip yang dikongsi MOF di laman sosial, hari ini.

MOF kongsi tip berbelanja bijak guna Sara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan (MOF) berkongsi beberapa tip mudah bagi membantu penerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) berbelanja dengan lebih bijak tanpa terburu-buru.

Antara saranan tersebut ialah memilih masa yang sesuai untuk membeli-belah, sebaiknya pada hari bekerja iaitu Selasa hingga Khamis serta pada waktu pagi bagi mengelak kesesakan.

MOF turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli-belah pada musim cuti kerana keadaan biasanya lebih sesak.

“Belanja ikut keperluan, jangan panik atau terburu-buru. Sara boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025,” menurut hantaran di laman rasmi kementerian itu.

Menurut MOF, langkah berbelanja secara berhemah akan memudahkan urusan penerima selain memastikan manfaat bantuan dapat dinikmati sepenuhnya oleh keluarga masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN