fbpx
Muhammad Ammar

Anggota tentera gagal dikesan sejak seminggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Polis sedang menyiasat berhubung laporan orang hilang (OH) membabitkan seorang anggota tentera di kawasan Sungai Kedondong, Batang Kali, Hulu Selangor sejak lebih seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, individu yang hilang itu dikenali sebagai Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27.

“OH kali terakhir berada di Sungai Kedondong pada 23 Ogos lalu pukul 4.30 petang ketika mandi-manda bersama tiga rakannya yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“OH berkulit cerah, rambut pendek lurus dan berketinggian kira-kira 1.75 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada pukul 6 petang, 24 Ogos lalu, rakan sebilik kursus cuba menghubungi Muhammad Ammar, namun telefon bimbitnya telah dimatikan.

“Laporan polis dibuat oleh anggota TUDM dari Institut Latihan Pengurusan Material (Insmat), Bandar Kinrara pada pukul 4.16 petang, 25 Ogos lalu selepas OH gagal melapor diri semula untuk Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Sukri Che Mat di talian 03-80762222 atau 03-80713136.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kakak mangsa menerusi hantaran di TikTok @qienis_ memaklumkan adiknya keluar dari kem pada 22 Ogos lalu untuk menghadiri kursus di Insmat, Puchong sebelum dilaporkan hilang.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN