fbpx
Armizan ketika merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM 2025) peringkat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Diskaun RM300 pendaftaran fi cap dagang bermula 1 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menawarkan diskaun pendaftaran bagi fi cap dagangan sempena sambutan merdeka bermula 1 September hingga 31 Disember depan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, dalam konteks ini, diskaun sebanyak RM300 ditawarkan menerusi kempen ‘Lindungi Jenama Lokal, Tembusi Pasaran Global’.

“Melalui pakej ini, pemohon hanya perlu membayar RM650 daripada fi asal iaitu RM950 bagi setiap permohonan cap dagangan yang dikemukakan oleh individu atau entiti perniagaan termasuk persatuan dan pertubuhan.

“Setiap permohonan bagi jenama atau logo perniagaan yang diluluskan pendaftarannya pula akan dilindungi selama 10 tahun di bawah undang-undang harta intelek,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, objektif inisiatif ini adalah untuk menggalakkan pendaftaran harta intelek sekali gus meningkatkan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan jenama tempatan.

Pada majlis sama, Armizan turut melancarkan Perkhidmatan Perkhidmatan Bas Ezbiz On-The-Go 2.0 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan SSM dengan lebih cepat dan mudah.

Dalam pada itu, Armizan berkata, sempena sambutan bulan kebangsaan juga, rakan KPDN iaitu Shopee turut melancarkan Kempen Shopee Payung RM100 bermula 31 Ogos sehingga 16 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI