fbpx
Gambar hiasan

UMNO terima hampir 14,000 ahli baharu dalam tempoh dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan hampir 14,000 keahlian baharu dalam tempoh kurang dua minggu sejak pendaftaran secara dalam talian dibuka pada 20 April lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehingga pukul 8 pagi tadi, seramai 13,954 individu telah menyertai parti itu, dengan golongan Pemuda mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 8,233 orang.

Menurutnya, keahlian baharu itu turut melibatkan Puteri seramai 1,260 orang dan Wanita sebanyak 1,240 orang, manakala negeri Johor merekodkan penyertaan paling ramai diikuti Pahang dan Perak.
“Trend ini menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa dan membuktikan pendekatan mempermudah proses keahlian yang diperkenalkan parti berjaya menarik minat khususnya golongan muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini hari ini.

Tambahnya, inisiatif pendaftaran secara dalam talian yang diperkenalkan itu merupakan ‘game changer’ dalam usaha memperkukuh parti serta membuka ruang lebih luas kepada generasi muda untuk menyertai UMNO tanpa kekangan birokrasi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sambutan ulang tahun ke-80 UMNO bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya membawa makna besar dalam menentukan hala tuju parti untuk dekad mendatang.

“UMNO tidak pernah bersifat eksklusif atau terpisah daripada rakyat. Sejak penubuhannya, parti ini sentiasa bergerak seiring denyut nadi masyarakat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN