fbpx
Tertuduh ketika hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

[VIDEO] ‘Suami sakit, sudah setahun tiada pendapatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pengarah jabatan kerajaan di Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyalahgunakan jawatan untuk suapan bagi suaminya, lapan tahun lalu.

Tertuduh, Hanita Ahmad, 57, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dihadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menggunakan jawatannya sebagai pegawai Gred S41 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Seberang Perai Utara bagi memberi suapan kepada suaminya, Md Khashim Yahaya, dengan mengesyorkan perniagaan Tegas Enterprise.

Ia untuk kerja ‘Perkhidmatan Makan dan Minum untuk Program Skim Rondaan Sukarela Daerah Seberang Prai Utara 2017’ bernilai RM3,840 pada 14 Julai 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee dan Muhammad Syahmi Mohd Sanusi mencadangkan jaminan RM10,000, namun, Hanita yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang rendah atas alasan dia perlu menyara keluarga.

“Suami sakit dan tidak mempunyai pendapatan sudah setahun, dan saya perlu menanggung ibu yang berkerusi roda. Saya juga belum didapati bersalah, justeru saya mohon agar jaminan minimum dikenakan,” katanya.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dimohon pendakwa raya. Kes ditetapkan 30 September untuk sebutan kes dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI