fbpx
Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat tiba di Mahkamah Koroner. - Foto oleh IVAN AMIRUL

Inkues Zara Qairina: Pendengaran permohonan peguam di Mahkamah Koroner pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini akan mendengar permohonan peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir untuk mendeklarasikan ibu arwah sebagai orang berkepentingan dalam prosiding inkues yang dijadual bulan depan.

Pasukan peguam mewakili keluarga arwah Zara dalam kenyataan mereka sebelum ini menyatakan permohonan itu difailkan di Mahkamah Koroner pada 19 Ogos lalu.

Menerusi permohonan itu, mereka memohon agar anak guam mereka iaitu ibu arwah Zara Qairina, Noraidah Lamat dideklarasikan sebagai orang yang berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Zara.

“Dalam permohonan tersebut juga kami memohon agar anak guam kami melalui kami dibenarkan terlibat dalam prosiding inkues tersebut untuk memeriksa dan menyoal balas saksi-saksi, melihat dokumen-dokumen dan mencadangkan dan membawa saksi-saksi dan dokumen-dokumen tambahan untuk membantu koroner,” katanya dalam kenyataan sebelum ini.

Pendengaran di hadapan koroner dijadual bermula pada jam 9 pagi ini.

Sebelum ini, Koroner Azreena Aziz menetapkan pendengaran inkues kematian arwah Zara Qairina pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI