fbpx
Orang awam menggunakan pembayaran tanpa tunai melalui kaedah e-dompet di JPJ Galeria, Putrajaya, di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

JPJ lancar kaedah bayaran tanpa tunai e-dompet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah merekodkan 46.5 juta transaksi tanpa tunai setakat 24 Ogos lalu membabitkan kutipan sebanyak RM5.6 bilion.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah itu meningkat berbanding yang direkodkan tahun lalu susulan pengenalan transaksi tanpa tunai melalui bayaran e-dompet.

Beliau berkata, daripada jumlah transaksi yang direkodkan tahun ini, sebanyak 805 transaksi tanpa tunai dicatatkan dengan kutipan mencecah RM73,109.20.

“Kaedah pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet di semua kaunter JPJ di seluruh negara telah bermula hari ini menggunakan aplikasi Touch ‘n Go, GrabPay, MAE atau Boost.

“Setakat ini, JPJ telah merekodkan peningkatan positif dalam penggunaan transaksi tanpa tunai bermula tahun 2024 dengan pelaksanaan fasa rintis di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Hasilnya, JPJ telah memperluaskan pelaksanaan secara berfasa di seluruh negara, melibatkan pengaktifan 1,183 unit terminal Electronic Data Capture (EDC) dan aplikasi M-Device di semua kaunter JPJ,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembayaran Tanpa Tunai Melalui Kaedah E-Dompet di sini petang tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN