fbpx
Nurafira Izzati menunjukkan lokasi harimau kumbang menyusuri dari belakang rumah ke tepi rumahnya ketika ditemui di Kampung Mampung, di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

Terkejut lihat harimau kumbang di belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang remaja perempuan terkejut apabila melihat seekor harimau kumbang bersaiz besar berada di belakang pagar rumah dan kemudiannya menyusuri hutan berhampiran baru-baru ini.

Nurafira Izzati Zulkefli, 15, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, dia yang tidak pergi ke sekolah kerana kurang sihat mahu minum air di dapur rumah.

“Memang dua tiga hari ini ada dengar nampak harimau kumbang di kampung sebelah. Tapi tak sangka pula pagi ni saya nampak. Tapi saya tidak bawa talefon bimbit sewaktu kejadian.

“Rasa terkejut nampak warna hitam dia (harimau kumbang) panjang, warna hitam. Warna mata dia tak perasan tapi macam ‘gold’,” katanya di Kampung Mampong di sini semalam.

Katanya, dia kemudian menghubungi ibunya, Siti Khairani Mokhtar, 55, untuk segera memaklumkan perkara itu kepada ketua kampung bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, Siti Khairani percaya harimau kumbang berkenaan berlegar di kawasan semak serta hutan di kampung tersebut dan berdekatan kerana mencari makanan.

“Di kampung ini banyak babi, cuma beberapa hari ini haiwan itu keluar dari hutan seolah-olah tahu ada musuh di situ,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN