fbpx
PAKAIAN dipercayai milik mangsa yang maut dilanggar tren komuter di Kilometer 156, berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor kelmarin.

Lelaki maut dilanggar tren komuter disahkan pesakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki yang maut dalam keadaan mengerikan selepas dilanggar tren komuter di Kilometer 156, berhampiran sebuah kuil di Pekan Chemor di sini kelmarin merupakan pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu didapati lari ketika menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan identitinya disahkan oleh waris.

“Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian lelaki itu akibat kecederaan yang pelbagai.

“Tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu disedari pemandu tren komuter laluan Ipoh ke utara selepas terdengar dentuman kuat di bahagian hadapan kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN