fbpx
Pasangan suami isteri didenda RM11,000 di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyimpan daging Babi Bodoh dan dua burung Serindit.

Suami isteri didenda RM11,000 simpan daging babi bodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM11,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menyimpan daging babi bodoh dan dua burung serindit.

Hukuman itu diputuskan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas tertuduh, Chau Thim Choy, 53, dan Ng Sui Ping, 52, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi mereka.

Sekiranya gagal membayar denda, pasangan tersebut berdepan hukuman penjara selama dua bulan.

Mereka ersama-sama didapati menyimpan bahagian babi bodoh (Sus Barbatus) dan dua serindit (Loriculus galgulus) tanpa permit khas dan lesen di sebuah premis di pekan Broga, Mantin pada 20 Ogos 2020..

Haiwan itu merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua (babi bodoh) dan Jadual Pertama (serindit) Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010.

Terdahulu, peguam Low Kin Fai yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan babi tersebut diperoleh daripada Orang Asli.

Kin Fai berkata, anak guamnya tidak dapat membezakan babi bodoh dengan babi hutan dan memohon hukuman berbentuk denda sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Mahkamah memutuskan kedua-dua tertuduh didenda RM6,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar dan denda RM5,000 bagi pertuduhan kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN