PONTIAN – Dua warga Thailand rentung selepas rumah mereka di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Johor-Pontian, di sini terbakar pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, seorang lagi mangsa parah, tiga cedera ringan manakala seorang lagi terselamat.
Katanya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nasri, 31, dan Masabuding, 37. Jasad mereka ditemukan di kawasan tingkap dan bawah runtuhan bumbung.
“Empat mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Pontian bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kebakaran melibatkan rumah setingkat dengan kebakaran memusnahkan kira-kira 80 peratus premis tersebut.-KOSMO! ONLINE