Ahad ini, seluruh rakyat akan meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025. Ia adalah hari bersejarah dan detik keramat yang disambut 31 Ogos setiap tahun bagi memperingati tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Ia juga sebagai memperingati perjuangan tokoh-tokoh serta pejuang tanah air yang telah berkorban nyawa untuk membebaskan negara daripada penjajah selain membuatkan rakyat lebih menghargai keamanan, kebebasan dan kedaulatan negara. Sempena hari kemerdekaan, pelbagai program diadakan di seluruh negara setiap tahun. Sambutan di peringkat……