fbpx
ZULFIKRI (duduk, tengah) bergambar bersama usahawan semasa program Hiper di Kangar, hari ini.

Mara sasar kutipan semula pinjaman RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan kutipan semula pinjaman sekurang-kurangnya RM1 bilion tahun ini yang melibatkan hasil pembayaran balik pembiayaan pendidikan dan keusahawanan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zulfikri Osman berkata, kutipan semasa berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran tersebut menjelang hujung 2025.

“Sebahagian besar pinjaman Mara adalah untuk pelajar, manakala sekitar RM400 juta setahun diperuntukkan kepada usahawan dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun.

“Kalau pinjaman pelajaran, bayaran hanya bermula selepas tamat pengajian tetapi untuk usahawan kita sudah mula lihat peningkatan kutipan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Himpunan Usahawan Perlis (Hiper), di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, secara purata lima daripada 10 peminjam mampu membayar balik tanpa masalah, manakala bakinya menghadapi cabaran tertentu.

Katanya, Mara menyediakan opsyen penjadualan semula bagi membantu usahawan menguruskan bayaran pinjaman mereka dengan lebih baik.

“Perniagaan ini banyak cabarannya, jadi kita sedia maklum ada peminjam terkesan. Sebab itu kita beri ruang untuk mereka susun semula bayaran agar tidak terbeban,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI