fbpx
Keadaan Myvi dan lori yang dinaiki kedua mangsa itu.

Budak lelaki 9 tahun, pemandu lori cedera dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Dua termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok dipercayai akibat ribut dalam dua kejadian berasingan, malam tadi.

Kejadian tersebut masing-masing berlaku di Kampung Budiman Jalan Paip, Meru dan Jalan Kapar – Kuala Selangor, Batu 14.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian menimpa kanak-kanak itu berlaku ketika bersama ibunya dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang bergerak telah dihempap pokok.

Katanya, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.43 malam.

“Kanak-kanak lelaki itu cedera di bahagian kepala dan menerima tiga jahitan manakala ibunya tidak mengalami kecederaan.

“Kerja-kerja pemotongan dan pengalihan dahan kayu telah selesai dilakukan oleh anggota bomba di lokasi,” katanya.

Ahmad Mukhlis memaklumkan satu lagi kejadian melibatkan sebatang pokok sebesar lima pemeluk telah tumbang dan menghempap sebuah lori dipandu lelaki berusia 35 tahun.

Ujarnya, mangsa yang terhimpit dalam jentera itu telah dibawa keluar dalam keadaan selamat oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI