PADAWAN – Kanak-kanak autistik yang hilang dari rumah petang semalam ditemui selamat, sebentar tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kanak-kanak berusia enam tahun itu dijumpai kira-kira pukul 5.15 petang.
“Kanak-kanak itu dijumpai di tebing sungai pada jarak lebih kurang 200 meter dari rumahnya. Dia telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, beliau menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak berkenaan.
Terdahulu, kanak-kanak itu dilaporkan hilang dari rumahnya di Jalan Kim Chu Sin, Batu Kawa kira-kira pukul 4.15 petang semalam. – KOSMO! ONLINE