fbpx
AB. RAHAMAN (dua dari kiri) menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

Jus ‘kick’ RM250 sebotol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Satu sindiket pengedaran dadah dikesan menjual dadah yang telah dibancuh dengan minuman berperisa sebelum dijual pada harga RM250 sebotol kepada pembeli-pembeli di pusat hiburan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, aktiviti itu terbongkar selepas pihaknya menahan dua lelaki tempatan dan dua wanita Vietnam menerusi empat serbuan dilakukan di sekitar bandar raya ini, antara 18 hingga 21 Ogos lalu.

Menurut beliau, keempat-empat suspek ditahan berusia antara 29 hingga 45 tahun.

“Menerusi operasi dijalankan ini, pelbagai jenis dadah dirampas termasuklah serbuk MDMA, serbuk ekstasi, ketamin serta pil Eramin 5 bernilai keseluruhan RM2,670,533.

“Dalam serbuan sama, polis turut merampas pelbagai alat memproses dan membungkus dadah, wang tunai, cincin emas serta sebuah kereta berjumlah keseluruhan lebih RM41,000,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, sindiket itu dikesan memproses dan membungkus dadah berkenaan di beberapa buah apartmen berlainan di kawasan berpagar dan berpengawal.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini menjual dadah itu di pusat-pusat hiburan khususnya bagi pengunjung yang mahu berasa lebih ‘high’ ketika sedang berhibur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI