fbpx
Asap berkepul-kepul naik ke udara selepas serangan udara Israel ke atas Sana’a semalam. - AFP

Israel bom ibu kota Yemen, 6 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANA’A – Serangan Rejim Zionis di ibu kota Yemen, Sana’a semalam membunuh sekurang-kurangnya enam orang, demikian menurut kumpulan pemberontak disokong Iran, Houthi yang telah berulang kali melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel sepanjang perang Gaza berlangsung.

Imej AFP menunjukkan bola api besar menerangi langit ibu kota yang dikuasai kumpulan pemberontak itu, meninggalkan kesan asap hitam tebal.

Agensi berita Saba dikendalikan Houthi melaporkan, enam orang terbunuh dan 86 cedera dalam serangan Israel, dengan lebih 20 dalam keadaan kritikal, katanya memetik kementerian kesihatan.

Sumber keselamatan Houthi memberitahu AFP bahawa serangan itu menyasarkan sebuah bangunan di tengah Sana’a. 

TV Al-Masirah milik kumpulan itu melaporkan, serangan turut mengenai kemudahan syarikat minyak dan stesen janakuasa di selatan Sana’a, yang telah pun terkena bedilan Ahad, seminggu lalu.

Tentera Rejim Zionis berkata, ia menyerang kawasan tentera yang menempatkan istana presiden, bersama dua stesen janakuasa dan sebuah depoh bahan api.

“Serangan ini adalah sebagai tindak balas kepada serangan berulang oleh Houthi terhadap Israel dan orang awamnya, termasuk dalam beberapa hari kebelakangan ini,” katanya.

Lewat Jumaat lalu, kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu yang menurut pihak berkuasa Israel, berkemungkinan besar berpecah di udara.

Media Israel, Times of Israel dan Ynet ketika memetik tentera melaporkan peluru berpandu itu membawa peledak berkelompok, senjata pertama seumpamanya diketahui telah ditembak dari Yemen.

Dalam satu kenyataan biro politik, Houthi berikrar untuk bertindak balas dengan mengatakan,  mereka tidak akan berganjak daripada perjuangan menentang Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat sehingga pencerobohan berhenti dan sekatan (Israel) ke atas Gaza ditarik balik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI