Oleh Muhammad Syahmi Afiq Mohd. Shukari Nakbah bukan sekadar peristiwa sejarah. Ia adalah satu peristiwa yang berterusan. Ia hidup dalam bentuk pengusiran, penempatan haram, sekatan, dan naratif yang cuba memadamkan hakikat sebenar penjajahan. Namun, memperingati Nakbah hari ini tidak lagi sama seperti sebelumnya. Peristiwa 7 Oktober 2023 dan segala yang menyusul selepasnya telah bertindak sebagai satu ‘punat reset’. Ia melaraskan semula cara dunia melihat Palestin dan melaraskan semula arah perjuangan itu sendiri. Selama beberapa dekad, perjuangan Palestin cuba dimasukkan ke……














