fbpx
SERPIHAN jejantas menghempap lori treler yang membawa kren. - Facebook/Yanathicha Buapuean

Jejantas runtuh hempap lori treler bawa kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebuah jejantas runtuh dan hampir menghempap lalu lintas dan nyaris menyebabkan tragedi di timur Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Sebuah jejantas pejalan kaki konkrit seberat 100 tan yang masih dalam pembinaan runtuh dan serpihannya menghempap sebuah lori treler yang membawa kren di Lebuh Raya No.317 di Chanthaburi malam semalam. 

Kejadian itu menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Sebuah lori treler yang membawa kren dan diletakkan di bawah jambatan berkenaan ditimpa struktur berat syang jatuh.

Ahli Parlimen Parti Rakyat bagi kawasan pilihan raya Chanthaburi 3, Yanathicha Buapuean tiba untuk meninjau lokasi tidak lama selepas kejadian.

“Kerosakan adalah besar, tetapi mujurlah tiada sesiapa yang cedera. Jika ia berlaku pada waktu siang, keadaan mungkin menjadi jauh lebih buruk,” ujarnya.

Jumlah kos pembinaan jambatan pejalan kaki itu adalah sekitar 7 juta baht (RM913,000).

Walaupun punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, rakaman awal  dan keterangan saksi menunjukkan kemungkinan berlaku kegagalan struktur apabila rasuk tergelincir daripada tiang sokongan, bukannya patah akibat tekanan.

Kementerian Pengangkutan dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi selepas siasatan selesai dilakukan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI