fbpx
Gambar terakhir (kiri) Mohd. Syukri yang sempat dirakam oleh isterinya sebelum kemalangan berlaku.

‘Yang, yang ambil gambar b cepat, ni last b Ya Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isteri kepada salah salah seorang peserta Himpunan RXZ tidak menyangka gambar suaminya yang sempat dirakam merupakan detik terakhir sebelum ‘berpisah’ buat selama-lamanya.

Menerusi perkongsian wanita tersebut di Instagram @nourawahida_, gambar tersebut dirakam sebelum suaminya, Mohd. Syukri Shahrudin, 33, atau mesra dipanggil Ah Beng bertolak ke Terengganu dari Rembau.

Kelihatan di dalam gambar tersebut, suaminya yang juga seorang eksekutif jualan sedang tersenyum ke arah kamera sambil menunggang motosikal Yamaha RXZ berwarna biru sebelum kemalangan berlaku.

Noura Wahida di dalam beberapa video dimuat naik kenalannya juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila kehilangan suaminya yang tercinta secara mengejut.

“Dia tinggalkan aku Naa (nama kenalan). Dia memang nak tinggalkan aku. Setiap tahun lalu di situ, tak mungkin dia tak tahu Naa,” rintih Noura Wahida dalam sebuah video.

Difahamkan Allahyarham sememangnya sangat meminati motosikal RXZ sejak di bangku sekolah lagi dan sering mengikuti himpunan RXZ Members pada setiap tahun.

Terdahulu, Mohd. Syukri maut dalam kemalangan di Jalan Palong 8, di Bera, Pahang, pagi semalam ketika dalam perjalanan ke Terengganu bagi menyertai Himpunan RXZ Members 7.0.

Allahyarham yang beralamat di Taman Sedia Raja, Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala serta tangan.

Hasil siasatan polis mendapati Mohd. Syukri sepatutnya membelok ke kanan di simpang tiga namun terus bergerak lurus sebelum melanggar tebing bahu jalan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta tiga anak berusia setahun hingga lapan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI