SATU insiden kemalangan melibatkan sebuah pesawat F/A Hornet berlaku pada pukul 9.05 malam kelmarin di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggantung operasi penerbangan membabitkan pesawat F/A 18D Hornet buat sementara waktu berkuat kuasa semalam.
Pesawat F/A-18D Hornet
- TUDM mempunyai lapan pesawat F/A-18D Hornet
- Perolehan pada 1995 dan mula beroperasi pada 1997 berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth
- Jenis 2 tempat duduk
- Direka oleh McDonnell Douglas dengan Subkontraktor utama ialah Northrop
- Dilengkapi dua enjin turbofan F404-GE-402 berprestasi tinggi dengan 17,700 paun daya tujahan statik setiap enjin.
- Mempunyai ukuran 16.8 meter panjang, 4.6 meter tinggi dengan bentangan sayap mencapai 13.5 meter dan berat pesawat sekitar 23.537 kg
- Semasa melakukan penerbangan, pesawat mampu mencapai kelajuan Mach 1.7+ (lebih 2000 km/j) dan terbang pada ketinggian 50,000 kaki
- Tugas utama seperti melaksanakan misi ‘day / night strike and interdiction’, misi ‘day / night maritime strike’ dan misi ‘offensive counter air operations’.
- Tugas skunder adalah melaksanakan misi ‘air superiority / air defence operations’















