fbpx
Covid-19 ‘rampas’ pendapatan lumayan pekerja Malaysia di Singapura

Selamat tinggal kehidupan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kehidupan mewah yang dinikmati kira-kira 400,000 rakyat Malaysia hasil mencari nafkah di Singapura kini hanya tinggal kenangan apabila sebahagian daripada mereka sekarang sengsara apabila hilang pekerjaan akibat Covid-19.

Daripada jumlah itu, dianggarkan 250,000 telah pulang ke kampung halaman sejak Covid-19 melanda, manakala bakinya kira-kira 150,000 ketika itu mengambil keputusan untuk kekal bekerja di sana.

Bagaimanapun, mereka semakin tertekan kerana gaji dipotong dan tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa sedangkan kos sara hidup di Kota Singa semakin meningkat.

Lebih parah apabila sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah terpaksa ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga membuatkan mereka mengikut jejak rakan-rakan lain untuk pulang.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan dipetik sebagai berkata, lebih 170,000 rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk kembali ke negara ini susulan pandemik.

Keadaan itu menjadi igauan ngeri buat mereka apabila ramai hilang kerja dan terpaksa hidup sengsara di bumi sendiri.

Helmizi kini menjadi pemandu bas bagi menampung kehidupannya sekeluarga di Johor Bahru.

Seorang pemandu pengangkutan awam lebih 15 tahun di Singapura, Helmizi Londing, 42, berkata, kehidupannya kini bertukar 360 darjah.

“Sebelum ini saya mampu meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan.

“Namun, sebaik PKP, kehidupan terus berubah kerana selain kos sara hidup tinggi, gaji kami dipotong dan tiada kerja lebih masa membuatkan saya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia,” katanya kepada Kosmo!.

Bagaimanapun tambahnya, dia bersyukur apabila ditawarkan sebagai pemandu bas kilang selepas sebulan pulang.

“Sekarang hendak dapat RM3,000 pun susah. Gaji habis digunakan untuk tampung kos sara hidup, rumah, kereta dan lain-lain,” katanya.

muhammad Syafiq menjual nasi lemak selepas hilang pekerjaan sebagai pembantu restoran di Singapura.

Sementara itu, Muhammad Syafiq Jaafar, 29, berkata, dia kini menjual nasi lemak.

Jelasnya, pandemik Covid-19 memberi kesan kepada­nya le­bih-lebih lagi lima anaknya masih bersekolah.

“Sebulan dapat dekat RM2,000 selepas tolak modal.

“Cukuplah untuk menampung keluarga,” katanya.

Zulkifli berharap kerajaan Johor mengambil perhatian dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka yang kehilangan kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN