fbpx
Johari di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen gagal buat ‘check up’, nama dipapar dalam ‘website’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang gagal menjalani pemeriksaan kesihatan seperti diarahkan, akan didedahkan kepada umum dengan memaparkan nama mereka di laman sesawang rasmi Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan perkara itu selepas memberi tempoh masa kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk melaksanakan pemeriksaan kesihatan masing-masing.

“Saya telah bekerjasama dengan pihak menteri (Menteri Kesihatan) dan turut mengutus surat kepada semua Ahli Parlimen supaya menjalani pemeriksaan kesihatan. Saya sudah berikan tarikh akhir.

“Siapa Ahli Yang Berhormat yang tidak buat ‘check up’, saya akan naikkan nama mereka di ‘website’ (laman sesawang),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari berkata, langkah itu bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya memastikan semua wakil rakyat berada dalam keadaan sihat bagi membolehkan mereka berkhidmat dengan lebih baik serta lantang berbahas di dewan.

“Saya mahu pastikan Yang Berhormat semua sihat, boleh berdegar-degar dalam Dewan. Jadi mesti sihat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI