fbpx
SEPASANG kekasih menjadikan sebuah rumah tumpangan di Jalan Tun Ali, Melaka Tengah sebagai lokasi urus niaga seks.

Lacur teman wanita ‘RM50’ demi wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kegiatan seorang lelaki dipercayai bapa ayam melacurkan kekasihnya RM50 bagi setiap kali perkhidmatan terbongkar dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Jalan Tun Ali, di sini kelmarin.

Operasi pada pukul 4 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dijalankan hasil maklumat orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisi­oner Mohd. Sukri Kaman berkata, pemeriksaan di sebuah bilik di premis itu mendapati seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun sedang ‘melanggan’ seorang wa­nita muda berusia 24 tahun.

“Pasangan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perkahwinan. Wanita tersebut mendakwa lelaki bersamanya adalah abang angkatnya.

“Hasil soal siasat, wanita itu mengaku ‘urus niaga seks’ tersebut diaturkan kekasihnya yang berusia 20 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

SEORANG wanita (kiri) ditahan dalam satu serbuan polis bersama seorang pelanggan lelaki kelmarin.

Beliau berkata, wanita itu mengandung tiga bulan hasil hubu­ngan dengan teman lelakinya.

Susulan kegiatan itu, polis menahan teman lelaki wanita tersebut yang turut berada di premis berkenaan.

Kegiatan tidak bermoral itu dipercayai dijalankan sejak sebulan lalu di premis sama dengan tawaran seks serendah RM50 bagi setiap pelanggan.

“Tiga individu tersebut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN