fbpx
Sebahagian pencarum yang berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di hadapan Kompleks Perdana Putra di Putrajaya di sini tadi.

NGO desak bantahan pengeluaran KWSP guna kaedah berkala, pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menzahirkan bantahan terhadap cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mewujudkan Akaun Persaraan dan Akaun Pencen dijangka dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) ekoran dilihat menggusarkan majoriti pencarum.

Bantahan itu dibuat menerusi satu penyerahan memorandum oleh beberapa NGO terlibat termasuk Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PGIRM, Mahathir Mazahar Khan berkata, cadangan mewujudkan akaun itu disifatkan menghadkan pengeluaran penuh persaraan pada usia 55 tahun kerana memaksa rakyat menerima bayaran secara pencen tanpa diberikan sebarang pilihan.

“Adalah tidak wajar jika pihak kerajaan menyifatkan 16 juta pencarum KWSP sebagai tidak tahu menguruskan kewangan persaraan mereka hanya disebabkan segelintir yang kurang bijak berbelanja.

“Jujurnya, pihak kami menerima banyak aduan daripada pencarum yang membantah cadangan tersebut selain akan melancarkan deklarasi tandatangan seluruh negara bagi menolak cadangan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri di sini tadi.

Terdahulu, lebih 450 orang pencarum KWSP menyertai penyerahan memorandum tersebut yang diserahkan kepada Anwar melalui Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, sekiranya cadangan mewujudkan akaun itu kekal diteruskan kerajaan, pihaknya menuntut pertimbangan kepimpinan Perdana Menteri untuk membenarkan sedikit pengeluaran daripada Akauan Persaraan.

“Kami meminta agar pencarum yang terdesak dibenar mengeluarkan 50 peratus daripada Akaun Persaraan mereka bagi menyelesaikan masalah kewangan dengan baki simpanan disalurkan sebagai bayaran bulanan.

“Bagaimanapun, cadangan berkenaan hanya terpakai untuk pencarum berusia 31 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM20,000 dalam Akaun 1,” katanya.

Susulan itu, Mahathir berkata, pihaknya begitu berharap agar KWSP dan Kementerian Kewangan dapat memperhalusi cadangan itu serta tidak melaksanakan sebarang dasar tanpa mendengar suara rakyat.

Terdahulu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti cadangan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran KWSP secara berkala, seakan-akan sistem pencen bulanan.

Menurut beliau skim pencen bulanan itu juga hanya dicadangkan untuk pencarum baharu KWSP, manakala ahli sedia ada akan diberikan pilihan sama ada untuk menyertainya atau tidak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI