PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan sehingga 12 tengah hari ini.
Antara kawasan terlibat ialah Perak (Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Bagan Datuk), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Turut dijangka terkesan ialah Negeri Sembilan (Port Dickson), Melaka (Alor Gajah), Sarawak (Miri meliputi Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) serta Limbang, selain Sabah iaitu Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Putatan), Tawau dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.-KOSMO! ONLINE