fbpx
Tangkap layar menunjukkan salah seorang lelaki duduk mencangkung di atas seekor penyu. - Instagram

Lelaki tunggang penyu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua lelaki menerima kecaman orang ramai apabila dirakam secara bersahaja menunggang seekor penyu di tepi sebuah pantai di Indonesia, lapor portal berita Detik. 

Kejadian berlaku di Berau, wilayah Kalimantan Timur baru-baru ini. 

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @20detik menunjukkan seorang lelaki duduk dalam posisi mencangkung di atas cengkerang haiwan itu. 

Dia kemudian disertai oleh rakannya yang berdiri di atas penyu. 

Rakaman video itu menjadi tular sehingga menerima perhatian daripada polis tempatan. 

Ketua Polis Pulau Derawan, AKP Iwan Purwanto berkata, bukan dua tetapi lima pemuda telah ditahan. 

“Kesemua suspek berusia antara 21 hingga 25 tahun. Empat daripada mereka ialah pelajar institusi pengajian tinggi. Mereka mengaku bersalah dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu,” kata Iwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN