fbpx
Sukhoi 57 buatan Russia merupakan jet pejuang generasi kelima dalam pertimbangan Mindef ketika ini.

Dewan Rakyat: Mindef pertimbang jet pejuang Perancis, AS dan Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal mempertimbangkan untuk melakukan perolehan jet baharu generasi kelima (5G) sama ada dari Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan Russia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pertimbangan itu adalah sebahagian usaha untuk menggantikan semua pesawat baharu menjelang 2040.

Perolehan tersebut katanya, boleh difikirkan sekiranya penghantaran pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF), mengambil masa terlalu lama.

“Kita sudah boleh menimbang untuk memikirkan perolehan jet baharu generasi kelima sama ada dari Perancis, AS, Russia di mana keputusan penilaian akan ambil masa panjang.

“Mereka boleh kemukakan keputusannya mungkin hanya pada 2033 atau 2034 kerana jangkaan kita hendak menggantikan semua pesawat dengan pesawat baharu menjelang 2040,” katanya ketika sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (BEBAS-Tanjong Karang) meminta kerajaan menyatakan status semasa pembelian pesawat terpakai F/A-18 dari Kuwait dan jangkaan jet itu tiba di Malaysia. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI