fbpx
Noraidah, ibu Allahyarham Zara Qairina.

‘Polis maklum bedah siasat, ibu Zara Qairina nak segera kebumi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pegawai polis yang mengendalikan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, telah bertanya kepada ibu remaja itu bagi pelaksanaan bedah siasat ke atas mayat sewaktu di hospital pada 17 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun, wanita tersebut Noraidah Lamat kekal dengan pendiriannya untuk tidak melaksanakan proses berkenaan kerana mahu menyegerakan pengebumian.

“Pegawai penyiasat jumpa ibu mangsa tentang keperluan proses itu (bedah siasat), ibu mangsa nyatakan nak segera kebumi. Anak dah cukup derita. Di sini pihak polis mengakui ada ketidakpatuhan dari segi prosedur.

“Pegawai polis minta dimaklumkan ibu, tapi dia tak nak buat dan nak segera pengebumian. Doktor pada pukul 5 petang di bilik mayat, temui ibu lagi. Ibu kekal nak segerakan pengebumian.

“Ibu isi dan tanda tangan surat akuan bedah siasat mayat atas kemahuan sendiri dan disaksikan kakak ipar kepada ibu. Dokumen siap dan keputusan dibuat atas kehendak ibu didokumen secara sah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, pegawai penyiasat polis ketika itu menghormati pendirian ibu Allahyarham Zara Qairina untuk tidak melakukan bedah siasat ke atas jenazah.

“Sikap pegawai penyiasat polis ketika itu menghormati sepenuhnya dan tidak teruskan.

“Dari sudut Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) itu dianggap sebagai tidak patuh dan ditegur, manakala polis akan mengambil tindakan dalaman,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, tindakan ibu Zara Qairina menandatangani surat akuan itu adalah fakta dan ia sama sekali tidak bermaksud untuk meletakkan ibu mangsa dalam posisi bersalah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI