fbpx
RICHARLISON berjaya meledak dua gol ketika membantu Spurs meraih kemenangan ke atas Burnley kelmarin. - AFP

EPL: Langkah pertama Spurs sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Permulaan sempurna buat pengurus baharu Tottenham Hotspur, Thomas Frank selepas mencatat kemenangan mudah 3-0 ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur malam kelmarin.

Tiga mata yang diraih pastinya sedikit sebanyak mengubat duka pasukan itu selepas tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi Piala Super UEFA minggu lalu.

Frank berkata, kemenangan itu sangat penting kerana mampu menjadi asas untuk mereka memburu kedudukan lebih baik musim ini selain memastikan penyokong gembira dan sentiasa berada di belakang pasukan.

“Permulaan yang sangat sempurna dan ini adalah impian saya. Saya harap aksi seperti ini dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya kerana saingan EPL sentiasa mencabar dan rumit.

“Secara keseluruhan, saya gembira dengan aksi dipamerkan semua pemain, terutamanya selepas tewas kepada PSG sebelum ini. Semua orang tahu bahawa Burnley juga bukanlah calang-calang pasukan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Richarlison mempamerkan aksi cukup cemerlang apabila menjaringkan dua gol buat Spurs hasil umpanan pemain baharu, Mohammed Kudus manakala satu lagi gol hadir menerusi Brennan Johnson.

“Sangat penting untuk dia (Richarlison) menjaringkan gol kerana sudah memamperkan aksi terbaik sepanjang perlawanan. Dia layak diberikan pujian atas kerja keras selain membantu rakan sepasukan,” ujar Frank. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI