fbpx
Ezri Konsa telah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada aksi EPL sebentar tadi. - Foto ihsan Fantasy Premier League

EPL: Newcastle hampir menang tanpa Isak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pasukan Newcastle United gagal memanfaatkan kelemahan Aston Villa yang beraksi dengan 10 pemain selepas seri tanpa jaringan pada aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada perlawanan di Villa Park itu, skuad The Magpies yang beraksi tanpa kelibat penyerang utama, Alexander Isak membariskan kesebelasan terbaik dengan Anthony Elanga, Anthony Gordon dan Harvey Barnes mengetuai jentera serangan.

Elanga dan Gordon memiliki peluang terbaik pada 10 minit pertama tetapi percubaannya berjaya ditepis penjaga gol tuan rumah, Marco Bizot.

Villa yang dikendalikan oleh Unai Emery dilihat agak bergelut pada separuh masa pertama dengan pasukan pelawat dilihat lebih banyak mendominasi saingan dan mencipta peluang tetapi gagal menerjah jaring.

Situasi berbeza pada babak kedua, Villa cuba melakukan asakan awal dengan tandukan Boubacar Kamara berjaya ditangkap kemas penjaga gol Newcastle, Nick Pope.

Momentum Villa terencat selepas pemain pertahanan, Ezri Konsa dilayangkan kad merah pada minit ke-66 sekali gus menyaksikan tuan rumah bertahan sepanjang perlawanan.

Kelebihan tersebut gagal dimanfaatkan oleh Newcastle dengan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata selepas wisel penamat ditiupkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI