fbpx
SEORANG wanita memancing siput laut pelik. - Foto Jam Press/@ramenka__busan

Pemancing wanita pancing haiwan ganjil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL  – Seorang pemancing wanita menaikkan seekor siput seberat 5 kilogram di perairan Korea Selatan dengan rakaman aksinya merekodkan 20 juta tontonan di internet, lapor akhbar New York Post semalam.

“Kami tidak pernah melihat yang sebesar ini,” kata Tatiana Lyu selepas menangkap moluska gergasi itu bulan lalu kepada agensi berita Jam Press.

Menurut laporan, dia dan rakannya menurunkan beg umpan dan sedang menariknya naik apabila mereka menyedari makhluk berlendir bersaiz luar biasa itu melekat di hujung tali pancing.

Dalam rakaman tersebut, pasukannya kelihatan menarik tali dengan siput laut gergasi itu tergantung, membuatkan beberapa orang di sekeliling menjerit terkejut seolah-olah ia adegan dalam filem sains fiksyen.

Tangkapannya yang pelik mencetuskan perhatian dalam talian dengan seorang penonton menyamakan rupa haiwan itu seperti muntah ikan paus.

“Itu nampak jijik dan berlendir. Hendak muntah,” kata seorang netizen.

Namun, siput laut itu dilepaskan kembali ke laut tanpa sebarang kecederaan.

Spesies siput tersebut tidak diketahui, walaupun ramai meneka haiwan itu ialah sejenis siput laut yang mempunyai cengkerang dalaman, hidup di perairan cetek dan memakan rumpai laut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI