fbpx
Razarudin berucap semasa Perhimpunan Pagi Hospital Rehabilitasi Cheras dan Sesi Penyerahan Kit Jalur Gemilang di Auditorium Hospital Rehabilitasi Cheras.

Pemimpin jangan takut bersuara demi kebenaran – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemimpin yang sebenar bukan ditakuti kerana kuasa, tetapi dihormati kerana keberanian menyatakan kebenaran dan membuat keputusan yang adil.

Itu pesanan tegas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika menyampaikan amanat dalam majlis Perhimpunan Pagi dan Penyerahan Kit Jalur Gemilang di Auditorium Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), di sini hari ini.

Menurut beliau, keberanian memimpin memerlukan integriti yang tinggi, lebih-lebih lagi dalam sektor kesihatan yang menyentuh soal nyawa dan harapan manusia.

“Saya ingin berpesan kepada warga kerja muda – jangan takut memikul amanah. Kepimpinan bukan soal pangkat, tetapi soal tanggungjawab, keikhlasan dan keberanian menyuarakan kebenaran walaupun tidak popular,” katanya.

Tambah beliau, integriti bukan hanya apa yang dilakukan di depan orang ramai, tetapi apa yang tetap dijunjung walaupun tiada siapa memerhati. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI