ROM – Pemandu-pemandu di Itali berdepan denda sehingga €18,000 (RM88,500) sekiranya mereka ditangkap membuang sampah dari tingkap kenderaan ke jalan raya atau kaki lima, lapor portal berita Blue News semalam.
Larangan yang berkuat kuasa pada Sabtu itu terpakai sama ada kenderaan tersebut sedang bergerak atau berhenti.
Pemandu juga boleh didenda sehingga €1,188 (RM5,800) sekiranya mereka membuang barangan seperti tisu, botol plastik dan puntung rokok.
Individu yang membuang sampah di kawasan rizab alam semula jadi atau kawasan perlindungan akan kehilangan lesen memandu dan berdepan hukuman penjara.
Dalam pindaan undang-undang itu, pesalah tidak lagi perlu ditahan dan dihentikan oleh polis seperti sebelum ini.
Kamera pengawasan yang dipasang di seluruh Itali memudahkan pihak berkuasa untuk membuktikan kesalahan dan mengesan pelaku. – AGENSI