fbpx
UCAPAN takziah daripada UUM.

Nahas Gua Musang: UUM ucap takziah buat keluarga Nor Aina Imra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Nor Aina Imra Nor Amran yang maut dalam kemalangan di Gua Musang, Kelantan hari ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UUM, Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed menerusi akaun Facebook memaklumkan arwah ialah pelajar di UUM.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar UUM, Nor Aina Imra Nor Amran, Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia pagi tadi di Gua Musang.

“Seluruh warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya,” katanya.

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM turut mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga arwah.

“MPP UUM ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Nor Aina Imra Nor Amran, pelajar semester dua dari Pusat Pengajian Kerajaan yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Ogos 2025.

“Semoga Allah SWT merahmati dan roh arwah ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya.

MPP UUM mendoakan agar setiap urusan dipermudahkan dan semoga keluarga arwah turut diberi kekuatan serta kesabaran di samping keberkatan amalan.

Nor Aina Imra, 21, bersama abangnya, Muhammad Faiz Nor Amran, 32, serta dua anak saudara maut dalam nahas di Kilometer 33, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 1, pagi tadi.

Dua lagi mangsa yang maut ialah anak kepada Muhammad Faiz, 32, iaitu Muhammad Aryan Fattah, 5, dan Muhammad Ayden Fattah, 4.

Kemalangan membabitkan kereta Honda Civic EK yang mereka naiki dengan dipandu isteri Muhammad Faiz disyaki hilang kawalan lalu bertembung sebuah treler. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI