fbpx
Gambar hiasan.

Penunggang motosikal meninggal dunia ketika dirawat di PPUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Utara, berhampiran Hotel Crystal Crown di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 6.01 petang Rabu lalu.

“Mangsa, seorang lelaki tempatan, mengalami kecederaan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Namun, sekitar pukul 2 pagi Ahad, polis menerima maklumat mangsa telah meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 namun kes tersebut telah diklasifikasikan semula dan disiasat di bawah Seksyen 41(1).

Katanya, pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami kecederaan dan telah membuat laporan polis pada hari kejadian.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sivam @ Siva Muniandy di talian 017-3290749 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI