fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluar amaran ribut petir melibatkan tiga buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda kawasan itu sehingga 3 petang nanti.

“Hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang.

“Selain itu, cuaca buruk juga dijangka berlaku di daerah Kerian, Perak hingga 3 petang ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, turut dikenakan amaran sama ialah Bintulu (Bintulu dan Sebauh) di Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN