fbpx
Van polis membawa empat suspek yang berjaya diberkas berkaitan kes melanggar anggota polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Empat suspek langgar mati anggota polis direman tujuh hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Empat lelaki yang disyaki melanggar mati seorang anggota polis ketika melarikan diri setelah memecah masuk sebuah rumah di Taman Golf di sini semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali di Mahkamah Majistret di sini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga 14 Ogos ini.

Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 26 tahun itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar dengan menaiki van polis pada pukul 8.45 pagi dan keluar dari pekarangan mahkamah pada 9.55 pagi.

Akhbar ini  menyiarkan seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal maut akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki empat penjenayah dalam kejadian di Taman Golf semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN