fbpx
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Olympic House di Bukit Jalil, hari ini. - ISKANDAR ISHAK

Anwar harap LA28 dapat jelma emas pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Malaysia mampu menamatkan penantian pingat emas Sukan Olimpik dengan edisi terdekat yang akan berlangsung pada 2028 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat.

Kontinjen negara masih terus kemarau pingat emas pada temasya sukan terbesar dunia itu meskipun pelbagai bentuk bantuan sudah disalurkan, termasuk program Road to Gold (RTG) yang diwujudkan sejak 2023.

Bercakap pada Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang turut dikenali sebagai Olympic House di Bukit Jalil hari ini, Anwar menjelaskan kerajaan sudah memberikan sokongan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya fikir kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan sangat proaktif dan sentiasa memberikan sokongan. Anda memiliki Menteri (Hannah Yeoh) yang cukup baik kerana sentiasa meminta lebih peruntukan.

“Di bawah Hannah, dan sekarang bersama Norza, kita jangkakan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Olimpik. Jika tidak, mereka akan berdepan masalah,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, semangat kesukanan yang tinggi perlu dipamerkan, tidak kira sama ada ketika menang mahupun kalah kerana menganggap ia satu aspek penting dalam sukan.

“Saya sentiasa beritahu cucu saya, terlalu kecewa apabila kalah bukanlah satu semangat. Memang benar kita mahu menang tetapi perlu ada semangat kesukanan di mana kita sudah mencuba,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Olympic House yang direka dan dibina Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) akan menjadi ‘rumah’ buat 58 persatuan sukan kebangsaan (NSA) selain menelan belanja RM93 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI