fbpx
PENGIBARAN Jalur Gemilang mencerminkan semangat kecintaan kepada negara. -GAMBAR HIASAN

Bendera terbalik, cukup sekadar maaf?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Baru-baru ini viral sekeping gambar yang menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Apa yang membuat isu ini ‘panas’ ialah ia berlaku pada Ogos iaitu bulan sambutan hari kemerdekaan negara.

Dikhabarkan pihak sekolah terbabit telah mengeluarkan permohonan maaf dan kesal atas kesilapan yang telah berlaku.

Dalam hal ini ada pihak yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap sekolah terbabit kerana tidak menghormati bendera negara dan permohonan maaf sahaja tidak mencukupi.

Ramai juga berpandangan bahawa perkara seperti ini tidak patut berlaku kerana institusi pendidikan seharusnya mendidik pelajar tentang semangat patriotik dan hormat kepada simbol negara sendiri.

Sebenarnya, ini bukanlah kes pertama melibatkan pemasangan bendera Malaysia atau nama rasminya Jalur Gemilang.

Ia boleh dikatakan berlaku saban tahun dan alasan yang diberikan juga kurang menyenangkan hati sesetengah pihak yang mempertikaikan mengapa perkara itu harus berlaku memandangkan bendera adalah lambang negara yang perlu dihormati.

Persoalannya, biarpun sudah banyak pendedahan berkaitan pemasangan bendera terbalik ini tersiar di media sama ada cetak atau media sosial, mengapa masih ada pihak yang melakukannya?

Apa yang penting bukan tidak sengaja atau sebaliknya yang menjadi perkara pokok, tetapi tidakkah seseorang individu itu berhati-hati ketika memasangnya atau atau sekadar pasang dan tidak peduli sama ada ia dilakukan dengan betul atau tidak.

Apa yang lebih menghairankan kebanyakan perkara itu berlaku ketika kita sedang menghampiri sambutan Hari Kebangsaan.

Sebagai contoh pada 11 Ogos 2024, polis menahan seorang warga emas untuk membantu siasatan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah premis di Jalan Dato Sagor, Kuala Kangsar, Perak yang tular di media sosial sejak beberapa hari sebelum itu.

Sebagai warganegara yang cintakan negara seharusnya peka dengan kepentingan untuk menghormati Jalur Gemilang yang dilihat sebagai lambang negara yang menjadi simbol kedaulatan dan identiti kita semua.

Juga perlu diingat bendera juga menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat sesebuah negara.

Melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti memasangnya secara terbalik, memijak atau merosakkan Jalur Gemilang adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali apatah kita kita sekarang berada dalam bulan kemerdekaan.

Di samping itu, Jalur Gemilang perlu dikibarkan dalam keadaan sempurna dan ‘cukup sifat’ iaitu tidak lusuh, koyak atau rosak.

Jangan sampai akibat ghairah untuk mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan bulan kemerdekaan, kita tidak kisah bagaimana ia dikibarkan kerana kita tidak mahu ia menjadi isu yang memalukan semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN