fbpx
Tangkap layar video seekor harimau do Zoo Negara cuba melepaskan kuku yang tersangkut pada kain di sangkar.

[VIDEO] ‘Nak tolong bimbang, sedar-sedar ada dalam perut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor harimau di Zoo Negara yang tersangkut kuku pada kain digantung di sangkar, mengundang ‘persoalan’ dalam kalangan pengguna media sosial berhubung sama ada perlu menolong haiwan tersebut atau sebaliknya.

Berdasarkan video dimuat naik seorang pengguna TikTok Budin Lesmana, gelagat harimau itu mengundang gelak ketawa orang ramai yang berniat membantu haiwan itu, selain turut membandingkan binatang itu dengan kucing.

Pada video tersebut, kuku pada kaki kanan harimau itu tersangkut pada kain berkenaan untuk beberapa saat.

Harimau itu cuba melepaskannya dan sebaik sahaja ia berjaya, haiwan itu terus berlalu pergi.

Orang ramai turut meninggalkan komen berbentuk jenaka kerana terhibur dengan keletah harimau berkenaan.

“Nak tolong bimbang, sedar-sedar dalam perut dia pula,” komen pengguna TikTok Lia78.

“Kalau oyen (kucing oren) kat rumah tersangkut kuku macam ni, berani lah lagi nak tolong lepaskan. Hat ni, ya ampun,” kata Raine.

“Nak tolong tapi takut kena penampar,” kata Little Habib. – KOSMO! ONLINE

@pudinnn33Haaa kannn♬ the cat from ipanema – j1gggs

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI