fbpx
Penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa tunjuk perasaan di luar Hotel Thistle City di London kelmarin. - AFP

Kumpulan tunjuk perasaan bergaduh sesama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pergelutan antara dua kumpulan penunjuk perasaan berhubung isu anti imigran tercetus di sebilangan lokasi di Britain kelmarin, ketika polis melakukan beberapa tangkapan.

Penunjuk perasaan yang menyeru penghantaran pulang pendatang asing berkumpul di tengah Manchester, barat laut England, untuk menyertai demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan sayap kanan, Britain First.

Mereka berhadapan dengan kumpulan anti perkauman.

Kedua-dua kumpulan itu bertelagah seketika pada permulaan protes sebelum polis meleraikan mereka, kata seorang wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

“Hantar mereka pulang, jangan benarkan mereka masuk, hentikan kemasukan mereka!

“Kita mempunyai hotel yang penuh dengan pendatang asing dan pada masa sama, kita mempunyai gelandangan rakyat sendiri di jalanan yang meminta makanan tetapi tiada tempat tinggal,” kata seorang penunjuk perasaan, Brendan O’Reilly, 66.

Seorang penunjuk perasaan yang menentang sikap perkauman, Judy, 60, berkata, dia menyertai demonstrasi itu kerana tidak mahu melihat individu yang penuh dengan kebencian berkumpul di jalanan di Manchester.

Sementara itu di utara London, pertempuran serupa tercetus di luar sebuah hotel yang menempatkan pencari suaka di Islington, sebelum polis campur tangan.

Polis Metropolitan London menulis pada platform X bahawa anggota-anggotanya berjaya mengawal huru-hara di sebuah persimpangan di mana ratusan penunjuk perasaan berkumpul dan melanggar syarat ditetapkan.

“Terdapat sembilan tangkapan setakat ini, tujuh daripadanya kerana melanggar syarat Akta Ketenteraman Awam,” kata polis.

Terdapat beberapa lokasi yang menjadi tumpuan penunjuk perasaan anti imigran pada minggu lalu, terutamanya di kawasan kejiranan timur laut London di Epping. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN