fbpx
FERNANDES dianggap tonggak penting United sejak beberapa musim lalu biarpun mereka bergelut dengan masalah prestasi. - AFP

Tawaran baharu resahkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United berdepan kegusaran selepas mereka dilapor menerima satu lagi tawaran daripada kelab Liga Arab Saudi yang mahu mendapatkan khidmat kapten mereka, Bruno Fernandes.

Pada awal musim panas lalu, Fernandes telah menolak tawaran yang cukup lumayan yang mampu memberikannya pendapatan sehingga £200 juta (RM1.14 bilion) dalam tempoh tiga tahun dari Al Hilal.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan satu lagi kelab, Al-Nassr sedang membuat persiapan untuk melancarkan bidaan pada minggu ini untuk memujuk pemain tersebut meninggalkan Old Trafford.

Laporan menyebut, Jurulatih Al-Nassr, Jorge Jesus sendiri yang mengetuai usaha kelab berkenaan untuk memastikan projek mereka membawa masuk Fernandes tercapai ketika kedua-dua mereka pernah bekerjasama di Sporting Lisbon sebelum ini.

Al-Nassr berpendapat bahawa pengaruh yang ada pada Jesus dan ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo mampu membuatkan Fernandes tertarik dengan tawaran yang bakal diberikan.

Fernandes pada hujung musim lalu mengakui tidak menolak kemungkinan akan dijual oleh kelab itu pada jendela perpindahan kali untuk menampung kelancaran aliran tunai United dan mengelak daripada hukuman Peraturan Keuntungan dan Kestabilan (PSR).

“Saya akan kekal di sini sehingga diberitahu oleh kelab saya perlu pergi. Saya bersedia untuk menjadikan United kembali hebat, namun akan sampai satu hari saya perlu meninggalkan United.

“Jika kelab berfikir saya perlu meninggalkan mereka kerana memerlukan sumber kewangan saya akan melakukannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI